Pendudukan tentera
Pendudukan tentera

Pendudukan tentera

Pendudukan tentera atau penjajahan perang, hanya disebut pendudukan, ialah pengawalan sementara oleh kuasa memerintah keatas suatu wilayah, tanpa tuntutan formal kedaulatan.[1][2][3] Wilayah ini kemudian dikenali sebagai wilayah yang diduduki dan kuasa memerintah dipanggil penjajah.[4] Istilah pendudukan dibezakan dari pengilhakan dan kolonialisme oleh jangka masa sementara yang dimaksudkan.[3][5] Walaupun sesebuah negara penjajah boleh mendirikan kerajaan tentera formal di wilayah taklukan untuk memudahkan pentadbirannya, ia bukan syarat yang diperlukan untuk pendudukan.[6]Undang-undang pendudukan dijelaskan dalam pelbagai perjanjian antarabangsa, terutamanya Konvensyen Hague tahun 1907, Konvensyen Geneva tahun 1949 serta amalan kenegaraan yang sedia ada. Konvensyen antarabangsa yang relevan, iaitu Komentar Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), dan perjanjian lain oleh para cendiakawan tentera menyediakan garis panduan mengenai topik tersebut sebagai hak dan tugas-tugas kuasa penjajah, perlindungan orang awam, layanan tawanan perang, koordinasi kempen bantuan, pemberian dokumen perjalanan, hak milik penduduk, pengurusan objek seni dan budaya, pengurusan pelarian, dan masalah lain yang sangat penting sebelum dan selepas permusuhan tamat. Negara yang memulakan pendudukan dan melanggar norma-norma yang disepakati di peringkat antarabangsa akan menghadapi risiko kecaman, kritikan, atau penghinaan. Pada zaman sekarang, amalan pendudukan telah menjadi sebahagian daripada undang-undang adat antarabangsa, dan menjadi sebahagian dari undang-undang perang.

Rujukan

WikiPedia: Pendudukan tentera //doi.org/10.1093%2Fbybil%2F55.1.249 http://www.globalsecurity.org/military/library/pol... http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/htmlall/s... http://lawofwar.org/Occupation.htm http://www.elac.ox.ac.uk/downloads/ELAC%20Feb%2020... https://www.geneva-academy.ch/our-projects/our-pro... https://books.google.com/books?id=4951aoUL5nEC&pg=... https://academiccommons.columbia.edu/doi/10.7916/D... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11980530t https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11980530t